November 08, 2018

Pengalaman Placenta Previa type 1

Hi korang, kembali lagi dalam rancangan mak mak mengandung aku yang kali ni aku nak share pasal placenta previa. Bahasa melayu dia, masalah uri duduk kat bawah masa mengandung. Masalah uri bawah ni dia ada 3 jenis, type 1, type 2 & type 3. 

So, aku tunjuk la kat korang gambar yang lebih jelasss lagi kat bawah ni. 

Gambar ehsan gugel

Untuk normal placenta, dia duduk kat atas. Macam aku placenta previa type 1, kira low implantation macam dalam gambar. Tak bahaya pun, sebab dia tak tutup jalan. Tapi kalau ada pendarahan sikit sikit, kena cepat cepat pergi hospital. 

Type 2 atau partial placenta previa pulak, uri tu betul betul dekat tepi sipi sipi dengan pintu. Biasanya yang kena PP type 2 ni memang  kena banyak bed rest je la. Tak boleh banyak bergerak. Pendarah boleh berlaku kalau kau tak hati hati. 

Type 3 pulak, uri betul betul duduk kat pintu rahim. Sangat bahaya & 100% kena bed rest. Kena duduk hospital kot aku rasa. 

Aku yang kena PP type 1 pun risau yang amattt. Sebulan sekali aku kena scan tenguk perkembangan uri tu naik ke tidak. Ikut pengalaman aku, 2kali aku scan dari 24weeks & 28weeks takde perubahan. Still low placenta. 

Apa aku buat, aku kurangkan buat kerja rumah. Banyakkan sujud lelama masa solat. Satu lagi aku buat, baring dan letak bontot kat dinding kaki ke atas. Haha. Ape pelik je tips aku ni. Rasa khurafat pun ada. Tapi, aku pun dapat tips dari orang yang dah berpengalaman masalahnya 😂

Masuk 34week, scan sekali lagi tenguk placenta dah naik balik dah. Syukur alhamdulillah. Legaaa. Sebab kalau placenta tu still kat bawah type 1, still boleh bersalin normal. Untuk type 2, peratus untuk bersalin normal agak tipis laaaa. Kemungkinan besar kena operate. Kalau PP type 3 aku tak nak kupas, type 3 ni yang memang kena bed rest gila gila kot. Bayangkan uri duduk kat pintu jalan, memang kena operate la cerita dia kalau nak bersalin. Satu lagi, pendarahan mungkin berlaku masa preggy & boleh menyebabkan keguguran. Nauzubillah minzalik. Moga tidak terjadi pada sesiapa. 

Bila ada masala Placenta Previa ni, mohon ibu ibu banyakkan bed rest. Jangan buat kerja berat. Minta suami bantu. Rehattt je, sambil solay tu sujud lelama. Nyawa anak kat dalam perut sangat berharga kan berbanding buat kerja berat?

Last sebelum aku tutup entry ni, ibu ibu yang ada masalah PP ni sentiasa fikir positif. InshaAllah yang datang pada kita pun semua nya positif. Bagus untuk emosi ibu mengandung yang tak berapa nak betul selama 9bulan ni kan 😜

Sekian, 
Yang benar, 
Mamy Bea Koya 


October 30, 2018

Tips hilangkan stain baru pada baju


Hi gais. Lama betul mamy tak update blog. Maklumlah dah anak empat dah mamy awak ni. Dunia blog memang dah lama di pandang sepi. 

Okay balik pada tajuk, baby baru lahir kan kerap muntah. Lepas tu mamy pulak jenis lupa baju anak yang mana kena muntah? Style melonggok baju anak baru cuci. Kahkah 

Bila dah siap cuci tu nak sidai, nampak lah stain kuning atas baju baby. OMG! Baju baru sebulan lebih pakai kotttt. Mamy pulak bengang, padahal salah sendiri tak rendam dulu baju yang kena muntah tu 😌

Cepat cepat la mamy ambil sabun basuh sental, tak hilang wei tak hilang. Puffsh#%@*! Kecewa

Mamy masuk sekali lagi bilik air tengok atas singki, ingat nak ambil sabun mandi..tapi ternampak COLGATE! Cuba je lah, mana tahu menjadi. 

Gambar ehsan google

Letak satu paste satu paste kat kawasan yang ada stain. Ambil pulak berus gigi yang tak guna, sental. Dah sental berbuih dengan berus gigi..mamy sental guna tangan pulak. Perghhh gigih nye seorang mamy. Hahaha 

Jeng jeng jeng, berhasilllll la yuuu. Memang hilang stain tu. Kembali baru baju anak mamy. Legaaa 
Tak tahu la kalau orang lain dah cuba dulu tips ni, maknanya petunjuk mamy lambat sampai dalam kepala 😂

Korang yang tetiba nampak stain kat baju anak masa nak sidai tu, cecepat sental dengan colgate. Sementara masih basah, kalau dah kering tak tahu la menjadi ke tidak. 

Selamat mencuba! 

October 10, 2018

Pengalaman melahirkan anak ke-4

Bismillahirrahmanirrahim,

Macam biasa, lepas beranak je wajib la share pengalaman. Tak sangka pulak dah 4kali beranak. Betul kata orang, orang perempuan ni tak pernah serik beranak. Awal awal je dia kata tak nak dah. Bila anak tu dah pandai berjalan, dia rindu nak beranak lagi 😂

Pengalaman bersalin setiap anak memang berbeza. Kalau korang follow post pengalaman bersalin aku sebelum ni mesti tahu punya. Kali ni bersalin pun, alhamdulillah Allah bagi mudah sama macam anak anak yang lain jugak. 

Due aku sepatutnya 18.9.2018, tapi aku bersalin awal 8hari. Si budak no.4 tu nak keluar 10.9.2018. Nak di jadikan cerita, anniversary aku jatuh pada 4.9 tau. So, aku cadang nak la baby keluar 3.9 or 4.9 tu. Boleh celebrate sesama. Elok pulakk 3.9 tu aku sakit perut macam contraction. 10 minit sekali tapi tak konsisten. 

Jenis aku pulak kalau dah sakit ni, memang nak beranak la kisah dia. Aku pun pergi hospital. Masuk je pusat bersalin low risk HTAA tu, doc pun cek la CTG anak. Cek bukaan pun baru 2cm & jauh lagi katanya. Doc suruh balikkk lambat lagi beranak. Haha. Takpe la nak, tak dapat tarikh anniversary pun. Janji kau keluar sihattt sempurna mamy bersyukur dah. Aku pun balik, dengan harapaaaannn 😄

Kronologi bersalin : 

9.9.2018
Malam tu, aku start rasa sakit perut. 20minit sekali macam tu. Sekejap datang, sekejap hilang. Sempat la aku pergi jalan-jalan tenguk wayang anak beranak. Hehe. Aku bagi tahu kat suami, ayang dah start rasa sakit perut. Tapi, tak nak pergi hospital lagi takut kena prank dengan baby macam seminggu yang lepas. 😆

10.9.2018
Habis wayang, sampai rumah dah jam 12 pagi, aku boleh tidur dengan aman. Biasanya kalau sakit aku tak boleh tidur. Entah kenapa aku boleh tidur malam tu. Sampai la jam 5 pagi suami aku kejut, dia tanya tak sakit ke? Sebab aku tidur lena betul. Dia agak tak sakit. Aku kata tak berasa sakit sangat. 

Tak lama lepas dia kejut tu, terus aku tak boleh tidur dah. Maka, bermula lah sakit kontrasi aku. So, kat situ aku agak jihad dah bermula. Aku pun bangun, solat sunat solat subuh. Alhamdulillah, Allah mudahkan beribadat tak sakit sangat. 

Bayangkan, lepas je subuh tu aku marathon kemas rumah dari menyapu, mengemop, cuci bilik air & basuh peti ais! Ya Allah, memang kerja gila. Sampai aku rasa dah sakit 10 minit sekali pun bantai mengemas lagi. 

Pukul 9.30 pagi settle mengemas, siap siap barang mamy & baby untuk ke hospital dan terus bawak anak anak yang lain pergi rumah mertua. Gigih betul ye 😌

Masa ni sakit dah start 3minit sekali. Ya Allah, sakit dia memang mengucap je lah sepanjang masa. 

Sebelum serah diri, aku makan dulu sesiap. Lepas makan baru pergi masuk pusat bersalin low risk HTAA. Kalau tak makan, memang flat habis la. Tenaga aku banyak habis mengemas tadi. Tahan kontraksi lagi. Perangai! 

Anak ke-4 dah tahu rentak, untuk korang baru nak beranak anak sulung or kedua jangan buat kerja gila ni ye. Ada yang terberanak kat rumah nanti. 😅 

Sambung..

Aku tenguk jam dah pukul 10.45 pagi dah ni. Diorang cek CTG & cek jalan dah buka 5cm. Fuh, Alhamdulillah tak sia sia aku buat aktiviti marathon kat rumah tadi. Wakaka. Sementara menunggu giliran untuk doc buat confirmation jalan buka berapa, suami aku kena daftar aku dulu. Tak lama lepas tu, doc panggil nak cek jalan. Masa dia seluk tu, dia tanya aku tak sakit ke? Jalan dah buka 6cm ni. Tenguk muka macam tak sakit je puan? 

And aku macam...Gila tak sakit? Takkan nak suruh aku menjerit baru nak tahu aku sakit. Haha. Aku kata, sakit lerrr doc. Mana ada orang nak beranak tak sakit. Masa menunggu turn cek jalan kat luar tadi pun dah rasa nak berguling atas lantai.

Lepas doc dah confirmkan ve, baru aku di tolak masuk labour room. MasyaAllah, masa nak ke LR tu perut dah tahap memulas-mulas nak beranak dah ni. Aku syak, doc tadi dia godek-godek bagi jalan bukak cepat lagi kot. Tudia, kuasam punya doc! 😅 

Masuk LR,  jam dah pukul 11.20 pagi. Nurse bagi aku baju khas untuk bersalin dalam labour room suruh aku tukar. Masa tengah tukar tu, aku rasa kat bawah dah berat sangat. Rasa di tekan tekan. Selow and steady je aku tukar baju sambil mulut tak berhenti istighfar & zikir nabi yunus. Allahuakbar! 

Lepas tukar baju tu, aku terus baring atas katil dah. Sorang nurse masuk, dia kata puan tunggu dulu ye. Kalau dah sakit sangat puan jerit, sebab bilik puan hujung sekali takut tak dengar.

And ofcourse bila dia kata macam tu  kita lagi gelabah kan. Dengan rasa kontraksi yang amat sangat lagi la tak tahan. Dah la aku rasa nak teran je ni. Dia gerak je sampai kat pintu aku terus jerit, nurseee! Saya nak teran dah niiii. 

Nurse tu pun macam nak elak ke tak elak, nak datang ke tak kat aku. Aku serius, dia ingat aku memain ke? Eh eh. Hahaha. Dia nampak aku kegusaran atas katil, terus dia panggil doc kat bilik sebelah.

Maka datang la sekali dua orang doc. Doc cek jalan,

"Eh! Dah full. Dah rasa kepala baby dah. Ok puan, puan rasa sakit je, teran ye." Lembut je tutur doc muda ni. 

Aku pun teran je la dah sakit, teran teran tak keluar. Lambat betul. Rupanya, air ketuban tak pecah lagi. Baby still in amnion fluid. Doc teruja gila kot. First time tenguk katanya. Haha. Aku yang tengah tahan sakit nak beranak, kau dua sembang terujaan ye 😂

Doc pecahkan ketuban, tak boleh teran kalau baby duduk dalam kantung lagi. Mahu rabakkkk! Then, bermula lah sesi teran lagi. Punya seronok doc sorak untuk aku. 

"Ok puan, teran lagi puan. Yesss puan, pandaiii! dah keluar kepala baby."

Aku teran lagi sekali untuk keluarkan bahu pulak, kena sorak lagi. Sekejap je sesi teran meneran ni sebab aku dah 4 kali beranak kira dah expert la kan. *riak* Astaghfirullah 🤭

Tak sampai 5minit pun aku push, 11:35 pagi baby keluar dengan selamat. MasyaAllah, Alhamdulillah. Doc siap puji lagi, senang akak ni beranak. 

Penatttt oiii, berperang. Nak sengih pun tak mampu. Sesi keluarkan uri pun berjalan lancar dan again, tiada koyakan buat kali ketiga. Maka tiada lah jahitan. Alhamdulillah,yahuu!

Oh ya, kali ni bersalin suami aku tak sempat tenguk pun. Sebab masa ni dia masih kat lobi hospital tengah daftarkan aku masuk wad. Dia sampai depan labour room, nurse bagi tahu dia.

"Minta maaf encik, isteri encik dah bersalin. Tak sempat panggil encik."

Ayat first tu suami aku cuak dah. Lepas tu legaaa. Bayangkanlah, tak sampai 30minit dalam labour room dah beranak. Orang sebelah, berjam jam dalam labour room pun tak beranak lagi. Masing masing punya bahagian kan. 

Jadi, tanggal 10 september 2018, jam 11:35pagi, lahirlah baby boy kedua aku yang di beri nama Abu Haidar Adyan si budak kuat main main ni dengan berat 3kg & 48cm panjang. Mencatat sejarah angka 3 di depan. Kakak & abang semua 2kg lebih je. Kehkeh.

Our first bed together

My boy, Baby Haidar


Lahir lahir dah pakai baju pink. Ternayata saya baby boy, bukan baby girl ye doc. Kecelaruan jantina oleh doc. Aku beli baju boy je banyak. Tapi was was, aku beli gak baju girl. So, tak nak membazir aku bagi je lah dia pakai. Hahaha

Pergh, panjang jugak entry aku kali ni. Korang baca ke sampai habis? 😝
Sekian, itu je kisah aku nak share. Tunggu next aku share kisah aku suspect mastitis selepas seminggu bersalin. Kalau rajinnnn la. K bai!

Yang benar,
Mamy Bea 

September 03, 2018

Scan baby boy ke baby girl?

Entry kali ni aku nak share pasal jantina anak dalam perut. Nak ikutkan, 4kali dah aku scan dan jawapan pun berbeza beza. Aku scan kat kerajaan 4kali, sekali kat swasta.

Anak ke 4, aku still teruja nak tahu jantina tau. Sebab anak pertama & kedua aku dah girl, ketiga boy. So, aku nak yang no.4 ni pun boy jugak lah memandangkan si harith aysar tu sorang je lelaki. Nampak kan, mak mak perihatin. Haha. Suami aku pun memang teruja nak anak lelaki lagi.

Masa 21weeks, aku scan pertama kali. Motif nya nak review weight & growth baby je, sebab previous pregnancy anak aku lahir below 2.5kg. Every 2 month aku kena scan & review perkembangan dia. So, masa ni aku tanya la doc tu jantina baby. Doc godek godek, tapi doc kata tak nampak. Scan 2D je kan, tak jelas sangat. Sebelum habis sesi scan tu doc kata, "saya rasa baby boy, sebab nampak penuh. Kalau baby girl dia kosong je kat situ." Aku angguk iye kan je. Dalam hati, seronoknya kalau betul baby boy.

Masa 23weeks aku lagi sekali scan, kali ni kat klinik swasta. Kebetulan aku tak sihat, dan aku mintak scan sekali. Scan 2D je.
Hampir setengah jam doc scan, memula doc kata baby girl. Nampak donut, tak nampak bebird. Masa ni dah rasa macam, emmm...
Doc scan lagi pun sama jugak tak nampak jelas, becoz si no.4 ni aktif dia tak boleh bawak bincang. Haha. And at last, sebelum penutup tu baby pusing dan duduk diam. Ok, sempatlah doc capture gambar tut dia.

Position ambil gambar dari bawah bontot baby 😂

Did you see what i see?

Ok, aku teruja gila kot dapat gambar scan ni. Aku tunjuk kat suami aku, dia pun agak baby boy. Nampak kan harapannnn laki bini ni sama. Hahaha.

28weeks, sekali lagi aku scan kat KK kerajaan. Aku tanya lagi doc baby apa, walaupun aku dah tau jantina baby. Tetiba doc kata "rasanya baby girl, sebab tak nampak pun bebird. Kosong je." Aku tersentak. Pulakkkk dah. Aku pulak yang bercelaru dengan penyataan doc tadi. Haha

Aku sabar jap. Aku tunggu next session pulak. Masuk 30weeks, sekali lagi scan. Dan jawapan doc sama jugak baby girl. Aku malas la nak kisah. Instinc aku kuat mengatakan baby boy, and family pun tenguk perut semua kata baby boy. Sebab perut aku muncung  bulat kedepan dan takde babat kiri kanan. Hahaha. Kalau baby girl  dia macam ada lemak kiri kanan, kira perut tu melebar tak berapa nak muncung kedepan. Gitew. Aku tak tahu la iye ke tidak, based on pengalaman orang tua dulu bagi tahu aku.

Last sebelum beranak, aku scan sekali lagi 38weeks. Aku tak tanya dah baby apa. Sebab aku MALAS nak layan perasaan aku. Kang bercelaru, aku yang haru. Kah! Doc pun scan merata kira growth baby. Tetiba pulak doc sembang, awak ni baby boyyy ke. Sebab masa dia lalu satu kawasan tu aku nampak bebirdddd baby. Tapi aku senyap je. Agaknya doc pun nampak tu yang dia sembang. Haha. Aku buat tak tahu je masa dia sembang. So, aku lega la sikit at last baby tunjuk bukti walaupun aku dah beli dah baju baby girl 😆

Kita tunggu beranak pula berapa hari je lagi ni, baby boy ke baby girl yang keluar. Hiks! Tak sabar lak nak beranak. Korang pun ada pengalaman macam aku jugak ke?

Jumpa next entry.
Yang benar,
Mamy Bea Koya


Zikir Sayyidul istighfar

 Assalamualaikum, entry kali ni sangat pendek. Aku just nak share pasal zikir sayyidul istighfar. Aku tahu pasal zikir ni pun lepas dengar p...