October 10, 2018

Pengalaman melahirkan anak ke-4

Bismillahirrahmanirrahim,

Macam biasa, lepas beranak je wajib la share pengalaman. Tak sangka pulak dah 4kali beranak. Betul kata orang, orang perempuan ni tak pernah serik beranak. Awal awal je dia kata tak nak dah. Bila anak tu dah pandai berjalan, dia rindu nak beranak lagi 😂

Pengalaman bersalin setiap anak memang berbeza. Kalau korang follow post pengalaman bersalin aku sebelum ni mesti tahu punya. Kali ni bersalin pun, alhamdulillah Allah bagi mudah sama macam anak anak yang lain jugak. 

Due aku sepatutnya 18.9.2018, tapi aku bersalin awal 8hari. Si budak no.4 tu nak keluar 10.9.2018. Nak di jadikan cerita, anniversary aku jatuh pada 4.9 tau. So, aku cadang nak la baby keluar 3.9 or 4.9 tu. Boleh celebrate sesama. Elok pulakk 3.9 tu aku sakit perut macam contraction. 10 minit sekali tapi tak konsisten. 

Jenis aku pulak kalau dah sakit ni, memang nak beranak la kisah dia. Aku pun pergi hospital. Masuk je pusat bersalin low risk HTAA tu, doc pun cek la CTG anak. Cek bukaan pun baru 2cm & jauh lagi katanya. Doc suruh balikkk lambat lagi beranak. Haha. Takpe la nak, tak dapat tarikh anniversary pun. Janji kau keluar sihattt sempurna mamy bersyukur dah. Aku pun balik, dengan harapaaaannn 😄

Kronologi bersalin : 

9.9.2018
Malam tu, aku start rasa sakit perut. 20minit sekali macam tu. Sekejap datang, sekejap hilang. Sempat la aku pergi jalan-jalan tenguk wayang anak beranak. Hehe. Aku bagi tahu kat suami, ayang dah start rasa sakit perut. Tapi, tak nak pergi hospital lagi takut kena prank dengan baby macam seminggu yang lepas. 😆

10.9.2018
Habis wayang, sampai rumah dah jam 12 pagi, aku boleh tidur dengan aman. Biasanya kalau sakit aku tak boleh tidur. Entah kenapa aku boleh tidur malam tu. Sampai la jam 5 pagi suami aku kejut, dia tanya tak sakit ke? Sebab aku tidur lena betul. Dia agak tak sakit. Aku kata tak berasa sakit sangat. 

Tak lama lepas dia kejut tu, terus aku tak boleh tidur dah. Maka, bermula lah sakit kontrasi aku. So, kat situ aku agak jihad dah bermula. Aku pun bangun, solat sunat solat subuh. Alhamdulillah, Allah mudahkan beribadat tak sakit sangat. 

Bayangkan, lepas je subuh tu aku marathon kemas rumah dari menyapu, mengemop, cuci bilik air & basuh peti ais! Ya Allah, memang kerja gila. Sampai aku rasa dah sakit 10 minit sekali pun bantai mengemas lagi. 

Pukul 9.30 pagi settle mengemas, siap siap barang mamy & baby untuk ke hospital dan terus bawak anak anak yang lain pergi rumah mertua. Gigih betul ye 😌

Masa ni sakit dah start 3minit sekali. Ya Allah, sakit dia memang mengucap je lah sepanjang masa. 

Sebelum serah diri, aku makan dulu sesiap. Lepas makan baru pergi masuk pusat bersalin low risk HTAA. Kalau tak makan, memang flat habis la. Tenaga aku banyak habis mengemas tadi. Tahan kontraksi lagi. Perangai! 

Anak ke-4 dah tahu rentak, untuk korang baru nak beranak anak sulung or kedua jangan buat kerja gila ni ye. Ada yang terberanak kat rumah nanti. 😅 

Sambung..

Aku tenguk jam dah pukul 10.45 pagi dah ni. Diorang cek CTG & cek jalan dah buka 5cm. Fuh, Alhamdulillah tak sia sia aku buat aktiviti marathon kat rumah tadi. Wakaka. Sementara menunggu giliran untuk doc buat confirmation jalan buka berapa, suami aku kena daftar aku dulu. Tak lama lepas tu, doc panggil nak cek jalan. Masa dia seluk tu, dia tanya aku tak sakit ke? Jalan dah buka 6cm ni. Tenguk muka macam tak sakit je puan? 

And aku macam...Gila tak sakit? Takkan nak suruh aku menjerit baru nak tahu aku sakit. Haha. Aku kata, sakit lerrr doc. Mana ada orang nak beranak tak sakit. Masa menunggu turn cek jalan kat luar tadi pun dah rasa nak berguling atas lantai.

Lepas doc dah confirmkan ve, baru aku di tolak masuk labour room. MasyaAllah, masa nak ke LR tu perut dah tahap memulas-mulas nak beranak dah ni. Aku syak, doc tadi dia godek-godek bagi jalan bukak cepat lagi kot. Tudia, kuasam punya doc! 😅 

Masuk LR,  jam dah pukul 11.20 pagi. Nurse bagi aku baju khas untuk bersalin dalam labour room suruh aku tukar. Masa tengah tukar tu, aku rasa kat bawah dah berat sangat. Rasa di tekan tekan. Selow and steady je aku tukar baju sambil mulut tak berhenti istighfar & zikir nabi yunus. Allahuakbar! 

Lepas tukar baju tu, aku terus baring atas katil dah. Sorang nurse masuk, dia kata puan tunggu dulu ye. Kalau dah sakit sangat puan jerit, sebab bilik puan hujung sekali takut tak dengar.

And ofcourse bila dia kata macam tu  kita lagi gelabah kan. Dengan rasa kontraksi yang amat sangat lagi la tak tahan. Dah la aku rasa nak teran je ni. Dia gerak je sampai kat pintu aku terus jerit, nurseee! Saya nak teran dah niiii. 

Nurse tu pun macam nak elak ke tak elak, nak datang ke tak kat aku. Aku serius, dia ingat aku memain ke? Eh eh. Hahaha. Dia nampak aku kegusaran atas katil, terus dia panggil doc kat bilik sebelah.

Maka datang la sekali dua orang doc. Doc cek jalan,

"Eh! Dah full. Dah rasa kepala baby dah. Ok puan, puan rasa sakit je, teran ye." Lembut je tutur doc muda ni. 

Aku pun teran je la dah sakit, teran teran tak keluar. Lambat betul. Rupanya, air ketuban tak pecah lagi. Baby still in amnion fluid. Doc teruja gila kot. First time tenguk katanya. Haha. Aku yang tengah tahan sakit nak beranak, kau dua sembang terujaan ye 😂

Doc pecahkan ketuban, tak boleh teran kalau baby duduk dalam kantung lagi. Mahu rabakkkk! Then, bermula lah sesi teran lagi. Punya seronok doc sorak untuk aku. 

"Ok puan, teran lagi puan. Yesss puan, pandaiii! dah keluar kepala baby."

Aku teran lagi sekali untuk keluarkan bahu pulak, kena sorak lagi. Sekejap je sesi teran meneran ni sebab aku dah 4 kali beranak kira dah expert la kan. *riak* Astaghfirullah 🤭

Tak sampai 5minit pun aku push, 11:35 pagi baby keluar dengan selamat. MasyaAllah, Alhamdulillah. Doc siap puji lagi, senang akak ni beranak. 

Penatttt oiii, berperang. Nak sengih pun tak mampu. Sesi keluarkan uri pun berjalan lancar dan again, tiada koyakan buat kali ketiga. Maka tiada lah jahitan. Alhamdulillah,yahuu!

Oh ya, kali ni bersalin suami aku tak sempat tenguk pun. Sebab masa ni dia masih kat lobi hospital tengah daftarkan aku masuk wad. Dia sampai depan labour room, nurse bagi tahu dia.

"Minta maaf encik, isteri encik dah bersalin. Tak sempat panggil encik."

Ayat first tu suami aku cuak dah. Lepas tu legaaa. Bayangkanlah, tak sampai 30minit dalam labour room dah beranak. Orang sebelah, berjam jam dalam labour room pun tak beranak lagi. Masing masing punya bahagian kan. 

Jadi, tanggal 10 september 2018, jam 11:35pagi, lahirlah baby boy kedua aku yang di beri nama Abu Haidar Adyan si budak kuat main main ni dengan berat 3kg & 48cm panjang. Mencatat sejarah angka 3 di depan. Kakak & abang semua 2kg lebih je. Kehkeh.

Our first bed together

My boy, Baby Haidar


Lahir lahir dah pakai baju pink. Ternayata saya baby boy, bukan baby girl ye doc. Kecelaruan jantina oleh doc. Aku beli baju boy je banyak. Tapi was was, aku beli gak baju girl. So, tak nak membazir aku bagi je lah dia pakai. Hahaha

Pergh, panjang jugak entry aku kali ni. Korang baca ke sampai habis? 😝
Sekian, itu je kisah aku nak share. Tunggu next aku share kisah aku suspect mastitis selepas seminggu bersalin. Kalau rajinnnn la. K bai!

Yang benar,
Mamy Bea 

No comments:

Zikir Sayyidul istighfar

 Assalamualaikum, entry kali ni sangat pendek. Aku just nak share pasal zikir sayyidul istighfar. Aku tahu pasal zikir ni pun lepas dengar p...