Showing posts with label preggy. Show all posts
Showing posts with label preggy. Show all posts

November 08, 2018

Pengalaman Placenta Previa type 1

Hi korang, kembali lagi dalam rancangan mak mak mengandung aku yang kali ni aku nak share pasal placenta previa. Bahasa melayu dia, masalah uri duduk kat bawah masa mengandung. Masalah uri bawah ni dia ada 3 jenis, type 1, type 2 & type 3. 

So, aku tunjuk la kat korang gambar yang lebih jelasss lagi kat bawah ni. 

Gambar ehsan gugel

Untuk normal placenta, dia duduk kat atas. Macam aku placenta previa type 1, kira low implantation macam dalam gambar. Tak bahaya pun, sebab dia tak tutup jalan. Tapi kalau ada pendarahan sikit sikit, kena cepat cepat pergi hospital. 

Type 2 atau partial placenta previa pulak, uri tu betul betul dekat tepi sipi sipi dengan pintu. Biasanya yang kena PP type 2 ni memang  kena banyak bed rest je la. Tak boleh banyak bergerak. Pendarah boleh berlaku kalau kau tak hati hati. 

Type 3 pulak, uri betul betul duduk kat pintu rahim. Sangat bahaya & 100% kena bed rest. Kena duduk hospital kot aku rasa. 

Aku yang kena PP type 1 pun risau yang amattt. Sebulan sekali aku kena scan tenguk perkembangan uri tu naik ke tidak. Ikut pengalaman aku, 2kali aku scan dari 24weeks & 28weeks takde perubahan. Still low placenta. 

Apa aku buat, aku kurangkan buat kerja rumah. Banyakkan sujud lelama masa solat. Satu lagi aku buat, baring dan letak bontot kat dinding kaki ke atas. Haha. Ape pelik je tips aku ni. Rasa khurafat pun ada. Tapi, aku pun dapat tips dari orang yang dah berpengalaman masalahnya 😂

Masuk 34week, scan sekali lagi tenguk placenta dah naik balik dah. Syukur alhamdulillah. Legaaa. Sebab kalau placenta tu still kat bawah type 1, still boleh bersalin normal. Untuk type 2, peratus untuk bersalin normal agak tipis laaaa. Kemungkinan besar kena operate. Kalau PP type 3 aku tak nak kupas, type 3 ni yang memang kena bed rest gila gila kot. Bayangkan uri duduk kat pintu jalan, memang kena operate la cerita dia kalau nak bersalin. Satu lagi, pendarahan mungkin berlaku masa preggy & boleh menyebabkan keguguran. Nauzubillah minzalik. Moga tidak terjadi pada sesiapa. 

Bila ada masala Placenta Previa ni, mohon ibu ibu banyakkan bed rest. Jangan buat kerja berat. Minta suami bantu. Rehattt je, sambil solay tu sujud lelama. Nyawa anak kat dalam perut sangat berharga kan berbanding buat kerja berat?

Last sebelum aku tutup entry ni, ibu ibu yang ada masalah PP ni sentiasa fikir positif. InshaAllah yang datang pada kita pun semua nya positif. Bagus untuk emosi ibu mengandung yang tak berapa nak betul selama 9bulan ni kan 😜

Sekian, 
Yang benar, 
Mamy Bea Koya 


September 03, 2018

Scan baby boy ke baby girl?

Entry kali ni aku nak share pasal jantina anak dalam perut. Nak ikutkan, 4kali dah aku scan dan jawapan pun berbeza beza. Aku scan kat kerajaan 4kali, sekali kat swasta.

Anak ke 4, aku still teruja nak tahu jantina tau. Sebab anak pertama & kedua aku dah girl, ketiga boy. So, aku nak yang no.4 ni pun boy jugak lah memandangkan si harith aysar tu sorang je lelaki. Nampak kan, mak mak perihatin. Haha. Suami aku pun memang teruja nak anak lelaki lagi.

Masa 21weeks, aku scan pertama kali. Motif nya nak review weight & growth baby je, sebab previous pregnancy anak aku lahir below 2.5kg. Every 2 month aku kena scan & review perkembangan dia. So, masa ni aku tanya la doc tu jantina baby. Doc godek godek, tapi doc kata tak nampak. Scan 2D je kan, tak jelas sangat. Sebelum habis sesi scan tu doc kata, "saya rasa baby boy, sebab nampak penuh. Kalau baby girl dia kosong je kat situ." Aku angguk iye kan je. Dalam hati, seronoknya kalau betul baby boy.

Masa 23weeks aku lagi sekali scan, kali ni kat klinik swasta. Kebetulan aku tak sihat, dan aku mintak scan sekali. Scan 2D je.
Hampir setengah jam doc scan, memula doc kata baby girl. Nampak donut, tak nampak bebird. Masa ni dah rasa macam, emmm...
Doc scan lagi pun sama jugak tak nampak jelas, becoz si no.4 ni aktif dia tak boleh bawak bincang. Haha. And at last, sebelum penutup tu baby pusing dan duduk diam. Ok, sempatlah doc capture gambar tut dia.

Position ambil gambar dari bawah bontot baby 😂

Did you see what i see?

Ok, aku teruja gila kot dapat gambar scan ni. Aku tunjuk kat suami aku, dia pun agak baby boy. Nampak kan harapannnn laki bini ni sama. Hahaha.

28weeks, sekali lagi aku scan kat KK kerajaan. Aku tanya lagi doc baby apa, walaupun aku dah tau jantina baby. Tetiba doc kata "rasanya baby girl, sebab tak nampak pun bebird. Kosong je." Aku tersentak. Pulakkkk dah. Aku pulak yang bercelaru dengan penyataan doc tadi. Haha

Aku sabar jap. Aku tunggu next session pulak. Masuk 30weeks, sekali lagi scan. Dan jawapan doc sama jugak baby girl. Aku malas la nak kisah. Instinc aku kuat mengatakan baby boy, and family pun tenguk perut semua kata baby boy. Sebab perut aku muncung  bulat kedepan dan takde babat kiri kanan. Hahaha. Kalau baby girl  dia macam ada lemak kiri kanan, kira perut tu melebar tak berapa nak muncung kedepan. Gitew. Aku tak tahu la iye ke tidak, based on pengalaman orang tua dulu bagi tahu aku.

Last sebelum beranak, aku scan sekali lagi 38weeks. Aku tak tanya dah baby apa. Sebab aku MALAS nak layan perasaan aku. Kang bercelaru, aku yang haru. Kah! Doc pun scan merata kira growth baby. Tetiba pulak doc sembang, awak ni baby boyyy ke. Sebab masa dia lalu satu kawasan tu aku nampak bebirdddd baby. Tapi aku senyap je. Agaknya doc pun nampak tu yang dia sembang. Haha. Aku buat tak tahu je masa dia sembang. So, aku lega la sikit at last baby tunjuk bukti walaupun aku dah beli dah baju baby girl 😆

Kita tunggu beranak pula berapa hari je lagi ni, baby boy ke baby girl yang keluar. Hiks! Tak sabar lak nak beranak. Korang pun ada pengalaman macam aku jugak ke?

Jumpa next entry.
Yang benar,
Mamy Bea Koya


March 01, 2018

11 weeks of pregnancy

Alhamdulillah, hari ni baby dah masuk 11 minggu 2hari. Sekejap nya masa berlalu. Tak sabar nak tunggu rasa baby gerak gerak + jantina baby.

Ikutkan anak no4 ni kami suami isteri nak baby boy. Supaya harith ada geng. Bapaknya kata kalau dia sorang je lelaki nanti geng kakak main make up make up pulak. Kahkah

Tapi sebenarnya dia la paling ganas sekali kalau dengan kakak kakak. Gengster teruk. Sampai kakak pun kata kakak nak adik lelaki biar harith ada kawan. Kakak pun surrender kawan dengan harith. Hahaha.

Hari ni jugak ada first scan kat KK tadi. Confirm due date & kondisi baby is there or not. Alhamdulillah, baby nampak sihat je dalam tu.

Nah mamy berlanja gambar pertama baby H nombor 4 untuk sahabat blogger mamy.


Assalamualaikum baby H 😍

Kalau ikut dalam scan mamy due date on 20 september. Kalau ikut LMP mamy due date on 18 september 2018. Mamy dah biasa dah dengan due yang tak ngam ni. Sebab anak anak mamy semua lahir 2 minggu awal dari due date. 

So, mamy jangka baby nombor 4 ni pun akan lahir awal 2 minggu dari due date. Previous pregnancy, kakak seena 38minggu 3hari, kakak nia 38 minggu tepat (induce), masa harith mamy bersalin 37minggu 6hari rasanya. Simptom mak anak ramai memang mudah lupa. Kah!

Ok la, jumpa next post pulak. Bai

 

February 10, 2018

Hadiah tahun baru 2018

Rupa rupanya, ada sebab kenapa mamy wean off harith aysar. Allah nak bagi hadiah lepas kesedihan mamy bulan 12 yang lalu. Haha

InshaAllah, september 2018 harith gonna be big bro. Ready ke tak tah, yang pasti manja kededek all the time dengan mamy.

Sebenarnya tak plan langsung nak pregnant tahun ni. Sebab mamy dah rancang nak ad baby 2019 nanti. Umur mamy masa tu 29, kira ok lah kan anak no4.  Sekali Allah bagi awal pulak. Mamy terima je la dengan redha. Nak salahkan suami kang, tak adil pulak rasa. Dah dedua tengah 'seronok'. Hahaha

Allah jagakan kandungan mamy. Sebelum tahu pregnant, awal januari camtu la. Mamy giler dok makan nenas tau. Boleh kata sehari tu mamy makan sebijik nenas. Kan orang kata nenas boleh buat miscariage. Tak sangka pulak dia still lekat even mamy telan nenas sebijik. Bukan tu je, dalam masa yang sama pun mamy dok consume Jamu. Nampak tak, kalau dah Allah kata tahun 2018 mamy dapat anak no4, its still will be happen. Hehe

Dari 12 januari sampai la 25 januari mamy tunggu period tak sampai sampai. Lastly cek utp, positif pregnant.

Sekali cek je terus naik double line

Risau sebenarnya sebab makan jamu makan nenas but baby ok. Next mamy kena buat details scan. Moga baby semua sihat sempurna.

Doakan mamy & baby.


June 25, 2013

Pregnant 30weeks tapi baby 27weeks?

2minggu yang lepas check up pregnancy kali ke8
Pada usia kandungan 30minggu 3hari
Seperti biasa check tekanan darah ok, urine ok dan hb atas pagar 11.0
Bila check perut, kepala baby takde kat laluan. That mean baby breech/songsang!
Ahh sudah.. tapi nurse tak cakap apa2.. bila cari jantung baby, still dengar kat bawah perut bukat kat atas.. oh kepala kat bawah, kata nurse..

Masuk bilik scan jumpa doctor..
Borak punya borak, doctor pun scan tgk detail baby
Nampak semua ok complete, cuma bila ukur semua kaki tangan badan kepala, baby kecik tak seusia 30minggu..
Detail scan tunjuk baby usia 27minggu.. Allah, hati kalut

Kepala baby memang betul takde kat laluan..
Baby breech, tapi melintang.. bukan kaki kat bawah kepala kat atas tau..
Adoii, lagi masalah..
Tapi doctor kata dia boleh pusing lagi.. harap baby akan stay kat laluan keluar..

Berkaitan perkembangan baby yang slow, beza 3minggu tuuu
Doctor tak cakap hal yang membahayakan ke ape
Cuma kena repeat scan 2minggu sekali utk tgk perubahan
Kalau still jugak sama, beta akan diserahkan pada yang pakar
Subhanallah, semoga baby dalam perut ni sihat hendaknya

Tak mengapa kalau baby kecik, janji baby sihat tubuh badan sempurna sifat
Itu je yg ummi harap
Kalau kecik, baby boleh besar kat luar
Ummi bagi susu banyak2, biar baby buntal.. hikhikhik
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita ye nak!

Sampai sekarang tertanya tanya macam mana baby tak sama ukuran dia dengan usia kandungan kita?
Masa first scan 13minggu, perkembangan baby ok usia pun sama dgn minggu dlm scan
Entahlah,puas search internet, ada yang berpengalman yang sama
Puncanya baby terbelit tali pusat, nutrient yg di salur hanya sedikit sampai kat baby dan ada yang baby ada masalah kesihatan
Takut, gerun, sediih semua ada bila pikirkan baby dalam perut ni
Kalau ada yang berpengalaman macam ni, sila la kongsi dengan beta :'(

In shaa Allah esok akan repeat balik scan utk tengok perkembangan baby
Mohon doa kalian agar baby membesar sihat dan tak breech lagi

Alhamdulillah buat masa ni baby aktif bergerak, berpusing, mengeras
Sangat aktif tak macam pregnant first dulu
Cuma perut ummi tak besar macam perut org pregnant 8bulan
Perut kecik macam pregnant 6bulan ( mungkin sbb baby kecik tu yg perut kecik)
Ahh .. biar lena tidur ku malam ini utk esok!

Detail scan 2minggu lalu pada usia kandungan 30weeks:

Zikir Sayyidul istighfar

 Assalamualaikum, entry kali ni sangat pendek. Aku just nak share pasal zikir sayyidul istighfar. Aku tahu pasal zikir ni pun lepas dengar p...