Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

October 10, 2018

Pengalaman melahirkan anak ke-4

Bismillahirrahmanirrahim,

Macam biasa, lepas beranak je wajib la share pengalaman. Tak sangka pulak dah 4kali beranak. Betul kata orang, orang perempuan ni tak pernah serik beranak. Awal awal je dia kata tak nak dah. Bila anak tu dah pandai berjalan, dia rindu nak beranak lagi 😂

Pengalaman bersalin setiap anak memang berbeza. Kalau korang follow post pengalaman bersalin aku sebelum ni mesti tahu punya. Kali ni bersalin pun, alhamdulillah Allah bagi mudah sama macam anak anak yang lain jugak. 

Due aku sepatutnya 18.9.2018, tapi aku bersalin awal 8hari. Si budak no.4 tu nak keluar 10.9.2018. Nak di jadikan cerita, anniversary aku jatuh pada 4.9 tau. So, aku cadang nak la baby keluar 3.9 or 4.9 tu. Boleh celebrate sesama. Elok pulakk 3.9 tu aku sakit perut macam contraction. 10 minit sekali tapi tak konsisten. 

Jenis aku pulak kalau dah sakit ni, memang nak beranak la kisah dia. Aku pun pergi hospital. Masuk je pusat bersalin low risk HTAA tu, doc pun cek la CTG anak. Cek bukaan pun baru 2cm & jauh lagi katanya. Doc suruh balikkk lambat lagi beranak. Haha. Takpe la nak, tak dapat tarikh anniversary pun. Janji kau keluar sihattt sempurna mamy bersyukur dah. Aku pun balik, dengan harapaaaannn 😄

Kronologi bersalin : 

9.9.2018
Malam tu, aku start rasa sakit perut. 20minit sekali macam tu. Sekejap datang, sekejap hilang. Sempat la aku pergi jalan-jalan tenguk wayang anak beranak. Hehe. Aku bagi tahu kat suami, ayang dah start rasa sakit perut. Tapi, tak nak pergi hospital lagi takut kena prank dengan baby macam seminggu yang lepas. 😆

10.9.2018
Habis wayang, sampai rumah dah jam 12 pagi, aku boleh tidur dengan aman. Biasanya kalau sakit aku tak boleh tidur. Entah kenapa aku boleh tidur malam tu. Sampai la jam 5 pagi suami aku kejut, dia tanya tak sakit ke? Sebab aku tidur lena betul. Dia agak tak sakit. Aku kata tak berasa sakit sangat. 

Tak lama lepas dia kejut tu, terus aku tak boleh tidur dah. Maka, bermula lah sakit kontrasi aku. So, kat situ aku agak jihad dah bermula. Aku pun bangun, solat sunat solat subuh. Alhamdulillah, Allah mudahkan beribadat tak sakit sangat. 

Bayangkan, lepas je subuh tu aku marathon kemas rumah dari menyapu, mengemop, cuci bilik air & basuh peti ais! Ya Allah, memang kerja gila. Sampai aku rasa dah sakit 10 minit sekali pun bantai mengemas lagi. 

Pukul 9.30 pagi settle mengemas, siap siap barang mamy & baby untuk ke hospital dan terus bawak anak anak yang lain pergi rumah mertua. Gigih betul ye 😌

Masa ni sakit dah start 3minit sekali. Ya Allah, sakit dia memang mengucap je lah sepanjang masa. 

Sebelum serah diri, aku makan dulu sesiap. Lepas makan baru pergi masuk pusat bersalin low risk HTAA. Kalau tak makan, memang flat habis la. Tenaga aku banyak habis mengemas tadi. Tahan kontraksi lagi. Perangai! 

Anak ke-4 dah tahu rentak, untuk korang baru nak beranak anak sulung or kedua jangan buat kerja gila ni ye. Ada yang terberanak kat rumah nanti. 😅 

Sambung..

Aku tenguk jam dah pukul 10.45 pagi dah ni. Diorang cek CTG & cek jalan dah buka 5cm. Fuh, Alhamdulillah tak sia sia aku buat aktiviti marathon kat rumah tadi. Wakaka. Sementara menunggu giliran untuk doc buat confirmation jalan buka berapa, suami aku kena daftar aku dulu. Tak lama lepas tu, doc panggil nak cek jalan. Masa dia seluk tu, dia tanya aku tak sakit ke? Jalan dah buka 6cm ni. Tenguk muka macam tak sakit je puan? 

And aku macam...Gila tak sakit? Takkan nak suruh aku menjerit baru nak tahu aku sakit. Haha. Aku kata, sakit lerrr doc. Mana ada orang nak beranak tak sakit. Masa menunggu turn cek jalan kat luar tadi pun dah rasa nak berguling atas lantai.

Lepas doc dah confirmkan ve, baru aku di tolak masuk labour room. MasyaAllah, masa nak ke LR tu perut dah tahap memulas-mulas nak beranak dah ni. Aku syak, doc tadi dia godek-godek bagi jalan bukak cepat lagi kot. Tudia, kuasam punya doc! 😅 

Masuk LR,  jam dah pukul 11.20 pagi. Nurse bagi aku baju khas untuk bersalin dalam labour room suruh aku tukar. Masa tengah tukar tu, aku rasa kat bawah dah berat sangat. Rasa di tekan tekan. Selow and steady je aku tukar baju sambil mulut tak berhenti istighfar & zikir nabi yunus. Allahuakbar! 

Lepas tukar baju tu, aku terus baring atas katil dah. Sorang nurse masuk, dia kata puan tunggu dulu ye. Kalau dah sakit sangat puan jerit, sebab bilik puan hujung sekali takut tak dengar.

And ofcourse bila dia kata macam tu  kita lagi gelabah kan. Dengan rasa kontraksi yang amat sangat lagi la tak tahan. Dah la aku rasa nak teran je ni. Dia gerak je sampai kat pintu aku terus jerit, nurseee! Saya nak teran dah niiii. 

Nurse tu pun macam nak elak ke tak elak, nak datang ke tak kat aku. Aku serius, dia ingat aku memain ke? Eh eh. Hahaha. Dia nampak aku kegusaran atas katil, terus dia panggil doc kat bilik sebelah.

Maka datang la sekali dua orang doc. Doc cek jalan,

"Eh! Dah full. Dah rasa kepala baby dah. Ok puan, puan rasa sakit je, teran ye." Lembut je tutur doc muda ni. 

Aku pun teran je la dah sakit, teran teran tak keluar. Lambat betul. Rupanya, air ketuban tak pecah lagi. Baby still in amnion fluid. Doc teruja gila kot. First time tenguk katanya. Haha. Aku yang tengah tahan sakit nak beranak, kau dua sembang terujaan ye 😂

Doc pecahkan ketuban, tak boleh teran kalau baby duduk dalam kantung lagi. Mahu rabakkkk! Then, bermula lah sesi teran lagi. Punya seronok doc sorak untuk aku. 

"Ok puan, teran lagi puan. Yesss puan, pandaiii! dah keluar kepala baby."

Aku teran lagi sekali untuk keluarkan bahu pulak, kena sorak lagi. Sekejap je sesi teran meneran ni sebab aku dah 4 kali beranak kira dah expert la kan. *riak* Astaghfirullah 🤭

Tak sampai 5minit pun aku push, 11:35 pagi baby keluar dengan selamat. MasyaAllah, Alhamdulillah. Doc siap puji lagi, senang akak ni beranak. 

Penatttt oiii, berperang. Nak sengih pun tak mampu. Sesi keluarkan uri pun berjalan lancar dan again, tiada koyakan buat kali ketiga. Maka tiada lah jahitan. Alhamdulillah,yahuu!

Oh ya, kali ni bersalin suami aku tak sempat tenguk pun. Sebab masa ni dia masih kat lobi hospital tengah daftarkan aku masuk wad. Dia sampai depan labour room, nurse bagi tahu dia.

"Minta maaf encik, isteri encik dah bersalin. Tak sempat panggil encik."

Ayat first tu suami aku cuak dah. Lepas tu legaaa. Bayangkanlah, tak sampai 30minit dalam labour room dah beranak. Orang sebelah, berjam jam dalam labour room pun tak beranak lagi. Masing masing punya bahagian kan. 

Jadi, tanggal 10 september 2018, jam 11:35pagi, lahirlah baby boy kedua aku yang di beri nama Abu Haidar Adyan si budak kuat main main ni dengan berat 3kg & 48cm panjang. Mencatat sejarah angka 3 di depan. Kakak & abang semua 2kg lebih je. Kehkeh.

Our first bed together

My boy, Baby Haidar


Lahir lahir dah pakai baju pink. Ternayata saya baby boy, bukan baby girl ye doc. Kecelaruan jantina oleh doc. Aku beli baju boy je banyak. Tapi was was, aku beli gak baju girl. So, tak nak membazir aku bagi je lah dia pakai. Hahaha

Pergh, panjang jugak entry aku kali ni. Korang baca ke sampai habis? 😝
Sekian, itu je kisah aku nak share. Tunggu next aku share kisah aku suspect mastitis selepas seminggu bersalin. Kalau rajinnnn la. K bai!

Yang benar,
Mamy Bea 

April 10, 2018

Speech Delay

Assalamualaikum. Its been so long not update my blog. So today, im just want to share about my first son Abu Harith yang di diagnose speech delay. Sedang sebaya harith 2 tahun 5 bulan dah banyak bercakap dengan 3 4 perkataan, tapi Harith still one word. Aku pun pelik, kenapa dia sorang lambat bercakap. 

Masa Haseena dulu, start bercakap umur setahun tiga bulan macam tu. Hanania pulak setahun 7bulan dah banyak word dia boleh sebut dan gabung ayat. Nak kata aku suka bagi gadget sejak baby tak jugak, Harith la paling lambat aku bagi pegang gadget. Dia setahun lebih baru  bagi tenguk kartun kat phone.

Anak yang delayed speech ni kemungkinan besar dia autisme. Aku cek satu satu tanda tanda autisme pada Harith tapi tak ada. Cuma delayed speech je. Harith mahu berkawan dengan semua orang, kalau bercakap dengan aku pun dia still ada eye contact, dengar arahan dengan baik. Tapi tula, berat mulut dia nak menyebut perkataan. 

Aku still kaji pasal Harith Speech Delay. Tapi nak confirmkan dia ada autism ke tidak, akan ada satu lagi ujian MCART untuk dia masa dia umur tiga tahun nanti. Aku yakin, anak aku Harith hanya speech delay. 

my speech delay boy

Speech delay tu apa? 

Speech delay merujuk kepada kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak itu untuk bercakap atau menghasilkan bunyi.

Kelewatan ini biasa ditentukan berdasarkan garis masa yang sepatutnya mereka garis masa perkembangan normal untuk usia mereka.

Anda boleh mula cakna tentang tanda-tanda amaran untuk kelewatan bercakap bermula usia 12 bulan.

Apabila sudah berusia 12 bulan, ia menjadi satu kerisauan jika anak anda masih belum boleh melakukan perkara seperti berikut:

  1. Melambai ‘bye-bye’ atau menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk ke arah objek
  2. Menggunakan beberapa bunyi konsonan
  3. Menyuarakan keperluan mereka 

Apabila mencapai usia 15 hingga 18 bulan, seorang kanak-kanak itu berisiko untuk menghidap kelewatan bercakap jika mereka belum boleh menunjukkan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Tidak mengucapkan ‘mama’ dan ‘dada’
  2. Tidak membalas apabila diberitahu perkara seperti ‘Tidak’, ‘Jangan’, ‘Helo’ dan juga ‘Bye’
  3. Tidak mempunyai satu hingga tiga kosa kata (menjelang usia 12 bulan) dan 15 perkataan menjelang usia 18 bulan
  4. Tidak berupaya untuk mengenal pasti bahagian badan
  5. Menunjukkan kesukaran dalam meniru bunyi dan tindakan

Pada usia 2 hingga 4 tahun pula, berikut adalah tanda-tanda tambahan untuk speech delay yang perlu anda perhatikan: 

  1. Gagal menghasilkan ayat secara spontan
  2. Tidak mampu untuk mengikut arahan mudah
  3. Tidak mampu untuk menyambungkan dua perkataan
  4. Kurang bunyi/penggunaan konsonan pada permulaan atau di penghujung perkataan
  5. Sukar untuk difahami oleh ahli keluarga terdekat sendiri
  6. Tidak mampu untuk membuat ayat mudah yang mengandungi dua hingga tiga patah perkataan

Apa Perlu Anda Lakukan?

Jika anda suspek anak anda ada criteria speech delay.

Pertama yang anda perlu lakukan adalah,
dapatkan pengesahan dari pediatric segera.

Kerana pengesanan awal dapat mengelakkan masalah pembelajaran kemudian hari.
Kerana speech delay selalunya hadir dengan masalah perkembangan yang lain.

Setelah disahkan anak anda speech delay.
Selain pendekatan latihan terapi.

Pastikan anda mendapatkan diet dan supplemen yang baik untuk anak anda.

---------------------------------

Aku just ambil info dari apa yang aku baca di web web yang kongsi pasal speech delay ni. Will update soon pasal perkembangan Harith nanti. Thanks for read my blog! 





December 28, 2017

Tips putus susu @ Wean Off anak. Berjaya!

Dua tahun sebulan tu bukan tempoh yang sekejap ye menyusu anak. Ikutkan aku berjaya full breastfeed anak cukup 2 tahun hanya Harith Aysar sorang. Kakak Haseena & Hanania dulu 7 bulan je menyusu dengan aku. Lepas tu minum susu lembu. Kah!

Rupanya menyusu anak lama ni memang mengubah bentuk asal tek kita kan. Elok lawa macam minah salleh, tetiba melayut macam orang dah monopos. Grrrr.... Cobaan. Muge suami kita selera lagi. Haha

Cerita sebenar nak bagi tahu yang aku dah berjaya wean off Harith setelah 4hari guna kaedah mudah je! Simple tapi berkesan. Sebelum ni cuba sapu asam jawa la kopi la, dia tak layan you. Elok je dia nenen.

Masa balik kampung hari tu sembang dengan sepupu abah, Maklong Lijah. Katanya masa dia putus susu anak dulu guna MINYAK IKAN je. Terus stop. Perghhh, padu betul tips Maklong ni.

Balik dari kampung, aku teruskan operasi. Pergi pharmacy beli minyak ikan scott's emulsion original. Nak beli minyak ikan lain mahal bebeno la pulak kan. Yang ni murah je, yang kecik tak sampai RM10.

*Gambar ehsan google

Bermula operasi aku pada 21 disember 2017 mengunakan minyak ikan yang meloyakan abad ini. Haha. Cop! Make sure sediakan botol susu + susu formula untuk minum tengah malam.

Hari pertama sapu, dia tak layan. Nenen gak, suruh basuh. I tewas, sebab kesian lak budak ni merengek bagai. Hari kedua try ada nampak pengurangan. Bila Bea kata "Eee busukkk wek wek." Dia pun lari tak nak dekat. Haha. Ada sekali dia hisap terus rasa nak muntah. Bea la orang paling suka sekali. Kahkah.

Bila malam aku akan make sure bagi dia minum susu formula dulu. Dia tak nak minum botol, jadi aku kasi dalam cawan. Malam dia lena la sikit kan. Masuk hari ke tiga dia dah start tak cari nenen. Cuma malam la suka menangis nak nenen. Tapi sebab dah ready botol + susu tinggal bancuh je bagi dia minum. Memula macam dia tak rela, masuk hari ketiga dia start adapt susu baru. Ke si an. 

Dan hari ke empat, aku pun apa lagi, hura hurayyy sebab dia dah tak nak nenen. Suami aku kata, bukan anak je loya bau minyak ikan tu..abang bau pun rasa nak muntah. Hahahaha

Budak yang dah wean off tu 


Hari hari seterusnya dia mencari gak, tapi aku still sapu kalau time dia nak tu. Kesian tu kesian, tapi dia lagi kesian. Susu aku dah takde lemak. Dia pun jadi tak berlemak. Berat tak naik naik. Doc pun suggest untuk stop breastfeed or topup susu formula. Baik stop terus kan? 

Dah, tu je tips simple nak stopkan anak menyusu badan. Boleh la jaga body pulak lepas ni. Kot kot la dapat bentuk asal balik, syukurrrr ya Allohhh. 

Terima kasih sudi baca tips tak seberapa aku ni. Moga bermanfaat & good luck! 



March 19, 2013

Mertua sebumbung?


Setahun lebih sudah daku berumah tangga dengan lelaki bernama Abu Zar
Anak kepada arwah Abu Hassan & Hendon 
Selama itu juga la daku tinggal sebumbung dengan mertua yang ku panggil ummi ;)
Selama itu juga la daku kenal lebih lagi pasal mertua ku ini..

mertuaku yg comel :)


Ramai yang berpendapat, duduk dgn mertua ni tak best, takde privasi, ada juga yang tak suka langsung duduk dgn  mertua yg konon nya mertua cerewet, mertua tak suka & mcm2 perspektif yg negatif.
Alhamdulillah, Allah berikan daku mertua yg sangat baik, memahami, dan yg paling best sporting habis macam kawan je.
Segala masalah (selain hal rumah tangga) daku suka kongsi cerita. Begitu juga dgn mertua.
Dari hal kesihatan, mengandung, anak & juga kecantikan semuanya mertuaku suka kongsi bersama.

Mungkin sebab daku jenis banyak cakap & banyak bertanya (membebel pun iye ) jadi takde kekok untuk kami  kongsi cerita.. ekekeke


Teringat masa mengandung anak sulung tahun lalu. Mertua sentiasa tunaikan apa je yg terasa nak makan. Memang take care habis la. Dah suami? Ehh suami pun sama jugak la. 
So, kat situ daku dapat 2 perhatian (konon2 macam pewincess) *terima kasih ummi*
Sampai la daku melahirkan dan berpantang semuanya mertuaku uruskan bersama suami & adik ipar (lelaki)



Bila tau pregnant kedua ni pulak, mertua awal2 da cop. 
Bersalin kat kuantan ye, jgn beranak kat johor.
Katanya nak cucu cucu nya made in kuantan
Berpantang ummi boleh jaga.katanya lagi
Tengokkk..! Mak mertua sendiri ofer tau cam anak first dulu. 
Bertuah nye badan :)

kenapa tak duduk rumah sendiri je? 
Senang je jawapannya, tempat isteri di sisi suami 
jadi kat mana suami tinggal di situ la si isteri yang solehah & comel ni ada bersama *gedik*
kehkehke
mertua daku tinggal sorang je kat rumah sejak anak2 da besar & belajar kat Universiti
anak yang ada kat kuantan ni cuma suami ambe, kerja pun kat kuantan
takde sebab nak duduk berjauhan dengan maknye *hakikat*
melainkan mertua ku kawen lagi :D

Dipendekkan cerita, tiada masalah mertua sebumbung
ada jugak saling jaga menjaga
sunyi pun tak..kan 
so, ummi mertua ku.. I Lebiuuu lah! 


love ; bea 

March 05, 2013

Pengalaman prolong jaundice


Bulan ni haseena 10bulan
Teringat kembali masa haseena baru lahir 10bulan yg lalu
Hari ke4 kelahiran, haseena da ada jaundice


First bacaan bilirubin 12.6mg/dL 
Balik dari klinik terus buat macam2 utk bagi turun bacaan
Bagi air sengkuang cina la, mandi dgn daun belimbing buluh la
Semua da try..
Esoknya, bacaan naik 13.1mg/dL
Kecewa..sob3


Tak putus asa, jemur baby kat cahaya matahari pagi2
Susu badan tak payah cakap la, setiap 2 jam atau 1 jam mesti bagi 
Hari ke8 bacaan tetap naik, 13.9mg/dL
Lagi sekali kecewa..haseena pulak memang suka tidur
Jadi, agak susah nak hilangkan kuning..tak aktif waktu siang


Doktor bagi advice jgn makan jamu, terus breastfeed baby full time
Sejak haseena lahir, tak pernah sentuh jamu
Haseena tetap jugak tinggi bacaan bilirubin dia
Last2 , tanya kawan2 kat komuniti ibu mengandung
Diorang suggest makan anggur hitam


Hari ke10 bacaan haseena turun! 11.6mg/dL
Terasa macam bekesan la anggur hitam tu kan
Still makan la untuk last cek bacaam hari ke 14
Bila pergi cek, bacaan naik mendadak 17.1mg/dL
Sangat terkejut..bali, rumah bebel bebel kat si kecik tu
Dah terpaksa pergi sepital untuk rawatan lanjut & kenal pasti punca


Mungkin disebabkan haseena lahir tak cukup berat iaitu 2.4kg saje walaupun cukup bulan
Faktor untuk membesar dgn cepat tu tinggi kat haseena
Masa pergi hospital, haseena kena amik darah kat tangan 2 kali & dua2 belah tangan
Menangis tak usah cakap, rasa macam nak lepang2 je doktor muda lelaki tu
Sampai biru lebam tangan haseena!


Macam2 dengar sebelum keluar result darah & urine haseena 
Ada yg kata nanti kena tukar darah sbb darah tak serasi la
Bergantung pada tukar darah je tiap 2 minggu sekali ktanya
Allahu! Daku dan suami sentiasa berdoa untuk kesihatan yg baik untuk zuriat2 kami
Tak sanggup tgk anak terseksa tukar darah.
In sya Allah, jgn mikir kan sangat hal-hal macam tu
Boleh buat kita ni sebagai ibu risau & stress
Jalan terbaik, berdoa , berserah pada Allah..
Ha! Yg tukar darah tu juga mungkin disebabkan ada talasemia.


Result keluar seminggu lepas tu, doktor pakar kata enzim2 dlm hati haseena aktif
Disebabkan haseena nak membesar dgn cepat
Agaknya dia ingat 2.4 tu kecik, tu yg nak besar cepat tu..mueh mueh mueh
Darah haseena darah O dan ummi dia darah B+ 
Mungkin juga faktor darah kami tak serasi..tapi tak bermakna kena stop BF 
Terus kan BF, supaya baby dpt lawan jaundice & bg antibodi dia kuat
Alhamdulillah, haseena tiada masalah kesihatan yg lain
Cuma disahkan sebagai Prolong Jaundice
Iaitu demam kuning dalam tempoh yg agak lama
Mungkin 2bulan 3 bulan atau 4bulan


Selama mana haseena kena jaundice ni, kulit haseena memang gelap  mcm anak mamak
Semua orang tegus, kenapa anak gelap mak bapak ceroh
Kekadang  ni manusia sebok nak mikir ke benda lain
Selalu daku jawab sekali jela "kuning cik/kak"
Hakikatnya haseena keluar dari perut merah macam anak tikus
Bila merah + kuning, tak ke gelap? Haishhh


Dalam tempoh 2 3 bulan tu daku tidak la berjamu
Botol jamu beratur je depan cermin solek tu haa
Bila anak da sihat, eh lekat pulak sorang lagi
Guane te nak kurus molek comei tak tauu..HAHA
Kata suami "after bersalin kedua ni la yang,lepas tu no3 jarak jauuuuuhhhhh sikeekk "sambil daku mengangguk tanda setuju
Hatiku berkata ' tah iye tah tidok' kehkeh keh


Hari demi hari, bulan berganti bulan, haseena masuk 3 bulan je jaundice pun berkurangan dan semakin hilang
Nah! Ceroh molek wajah anak ummi
Orang selok dok tanya hitang hitang hitang
Bila da ceroh, bakpe leh ceroh ni? Gebas gebus.
Ase nak lempang pun iye kat deme


Jaundice ni berlaku ada byk faktor
Faktor lain nya setahu daku la kan
Ibu mengandung banyak makan benda yang tinggi MSG
Makanan segera mcm meggi, fast food mcm KFC MCD PIZZA HUT & lain2
Itu kata org la
Tapi mengikut pengalaman daku dulu, jarang makan fast food, banyak makan buah buahan
Anak tetap jugak kena jaundice
Sebab apa pun tak tahu la
Setiap penyakit datang dari Allah, dan Allah juga la yg menyembuhkan
Mungkin itu permulaan ujian buat kami 
Semoga Allah berkahi keluarga kami ini
Ameen ya Rabb !


haseena 1st day

haseena 2 bulan 

haseena 3 bulan

March 12, 2012

baby 28weeks

baby kuat sangat menendang ..
agaknye lapar sangat sebab mommy ingat kena puasa untuk minum air gula arini .. 
da tak tahan, mommy pun buat la air banana shake bagi baby senyap .. 
lepas minum je , Alhamdulillah baby xtendang lagi dah ..
so , memang lapar sangat la ni baby ummi ni ! ehehehe 


sihat sihat selalu ye manje 

I LOVE YOU sayang ummi :)

October 09, 2011

Kisah Benar : Kerana nafsu tidur, Isteri menyesal sepanjang hayat



"SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.

Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.

Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.

Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.

Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.

Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan danketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.

"Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang," kata saya.

Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.

Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.

Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.

Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.

Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, 'Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya'.

Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya."

Nukilan..
Seorang Insan Yang Menyesal..




Under Creative Commons License: Attribution

Zikir Sayyidul istighfar

 Assalamualaikum, entry kali ni sangat pendek. Aku just nak share pasal zikir sayyidul istighfar. Aku tahu pasal zikir ni pun lepas dengar p...