Assalamualaikum,
Setahun sudah aku menanggalkan niqab. Kadang terasa sedih bila tengok sahabat-sahabat berniqab. Sedih sebab rindu!
Empat tahun aku mengenakan niqab di wajah. Sejak tahun 2010, Sebelum bernikah lagi. Ketika itu aku masih berumur 19 tahun dan belajar di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar Kedah.
Tapi aku tidaklah meletakkan niqab itu wajib ke atas diri aku. Sebaliknya, sebagai pelindung dari fitnah manusia. Belajar pula di Kolej Islamik yang kebanyakannya menjaga dan terjaga.
![]() |
gambar masa bertunang tahun 2011 |
Sepanjang mengenakan niqab di wajah, pelbagai cabaran dan dugaan yang aku kena tempuh. Alhamdulillah, sahabat dan rakan sekelas dan sebilik menerima dengan baik. Family, agak baru bagi diorang tengok orang berniqab. First time balik kampung berniqab, mak dan abah aku kata "macam ninja anak abah.." kahkahkah! Ninja la kan, for protecting our self.
Syukur, family terima baik juga. Even, ada lah jugak mak aku mengajukan soalan-soalan tak puas hati mengenai pemakaian sunnah ni. Tak mengapa, diorang masih baru nak tahu. Keluarga ku bukanlah dari golongan keluarga yang berilmu agama yang tinggi. Boleh kata sangat sederhana. Alhmadulillah, sikit-sikit kita bawa.
Selepas berkahwin tahun 2011, yang membawa cabaran berniqab adalah bila mempunyai anak pada tahun 2012. Masa anak sulung tiada masalah pun aku pakai niqab. Dia kenal mak dia walaupun tak nampak muka aku. Good girl sangat! Tapi nak makan sambil dukung baby, sangat la susah. Makan dengan suami pun bergilir-gilir. Ada masa tengah makan, aku terpaksa selak niqab ke atas bagi mudah makanan masuk mulut. Ada juga mata yang meliar memandang, aku buat tak tahu.
![]() |
Aku dan umi mertua tahun 2013 |
Tahun 2013, selepas lahirkan anak kedua. Memang rasa sangat berbeza, sebab Hanania suka tarik niqab aku. Kekadang kat khalayak ramai. Mungkin sebab tak nampak muka aku kot. Sometimes, aku lemas juga. Sebab ramai juga mata yang asyik perhatikan aku.
Akhirnya, tahun 2014 dalam bulan ramadhan suami aku suruh buka niqab. Suami kata, "Ayang tak payah lah pakai niqab." Atas sebab-sebab tertentu dan peribadi. Akhirnya aku akur permintaan suami. Memandangkan anak lebih selesa dapat tenguk muka aku bila berjalan di shopping mall ke makan di restaurant ke, kan?
![]() |
Aku, suami & first child |
Bermula lah selepas itu, ada mulut yang bertanyakan kenapa dan mengapa.
Even, saudara sendiri.
Yang paling aku tidak boleh lupa bila ada yang bertanya depan-depan,
Polanah : "Kenapa tak pakai lagi niqab?"
Aku : "Oh, lama da bukak. Dari bulan puasa tahun sudah. Suami suruh buka. Atas sebab peribadi dan anak-anak."
Polanah : "Tu lah! Masa sebelum pakai tu tak nak pikir betul-betul. Kau ni pakai main-main je ye!"
(Kata si polanah dengan nada yang agak keras)
Aku : (Hanya melemparkan senyuman, dan cepat-cepat salam dan bergegas ke kereta yang suami sedang menunggu)
Menitik jugak lah air mata aku bila di kata mempermainkan pemakaian sunnah. Sedangkan telah pun berkata di situ pakaian sunnah. Meninggalkannya tidak berdosa. Memakainya dapat pahala. Tapi biarlah kena niat.
Empat tahun aku kemana pun tetap berniqab. Takkan tak sayang? Takkan suka-suka nak buka tanggal? Syukur Alhamdulillah, family aku pun memahami. Apa pun, janganlah meletakkan seseorang yang menanggalkan niqabnya sebagai pendosa dan mempermainkan pakaian isteri-isteri Nabi.
Satu pesanan buat adik-adik atau sesiapa yang baru berniat nak mengenakan niqab. Pandang dulu niat. Sebab apa, untuk apa. Kalau sebab kerana nak nampak cantik, di pandang ramai atau seangkatan dengannya tidak usah lah sayang. Jika Lillahi taala, maka teruskanlah. Siapa pun kita jika niat untuk berhijrah untuk yang lebih baik, insha Allah. ALLAH akan tanamkan kita rasa cinta pada sesuatu yang ianya baru permulaan bagi kita. Terus istiqomah.
Semoga Allah memberkati setiap perbuatan kita dan semoga redha dari suami itu juga, mendapat redha dari Allah s.w.t. Insha Allah.
Salam blogger,
Mamy Bea
No comments:
Post a Comment