September 17, 2020

Zikir Sayyidul istighfar

 Assalamualaikum, entry kali ni sangat pendek. Aku just nak share pasal zikir sayyidul istighfar. Aku tahu pasal zikir ni pun lepas dengar perkongisan dari Neelofa dengan Prof.Muhaya tempoh hari. 


Allahu, sangat terkesan dengan perkongsian dia. Tetiba rasa sebak nya dalam dada. Rasa deep gila bila baca zikir ni. Sungguh! Rasa banyak nya dosa dosa aku yang dah buat. Tapi Allah masih beri aku peluang, masih beri kasih sayang Dia.

So, this is the Zikir. 


Zikir yang di kongsi oleh Neelofa
 

Aku siap print dan laminate untuk aku tampal & hafal. InshaAllah akan aku amalkan bersama ahli keluarga. So gaiss, sila la save dan print. Korang pun patut amalkan. Maksud dia sangat mendalam zikir ni.

Moga bermanfaat!


thanks for reading my blog. See you next entry.

Much Love,

Mamy Bea

October 10, 2019

Car Seat baby wajib 2020

Sepanjang anak aku ada 4, inilah kali pertama aku beli car seat baby untuk anak aku. Oh, awak sangat bertuah ye anak number four. Sebelum ni tak ada kesedaran,sekarang ni alhamdulillah dah ada kesedaran semenjak kerajaan baru wajibkan semua kereta yang ada baby, kena duduk dalam carseat. Sebab nya untuk mengurangkan risiko kecederaan pada bayi dan kanak kanak ketika kemalangan berlaku.


So, sebelum tahun 2020 menjengah, aku dah bersedia untuk harungi jerit tangis anak aku duduk dalam carseat for the first time. Ye, ternyata semua kanak kanak suka nangis kalau terpisah dengah sus gantung dia. Kalau boleh, 24jam nak bauuu. Bau ketiak mak pun jadi lah. HAHA


This is my kid when he seat in the car seat. Memula tu nangis jugaklah aku letak dia dalam tu. Memula, aku gagal tahan emosi. Aku ambil dia balik. Second time, aku pekak kan telinga. Tak sampai pun sejam, elok je dia senyap dalam tu. Good job mamy! *peluk diri sendiri* 

How many teeth I have mamy? 

Kan tenang je bila anak anak dah behave duduk dalam carseat dia tu. Paling seronok mestilah aku. Tak sakit dah pingang aku, belakang aku nak kena tiba dia selama 4jam kalau nak balik kampung aku kat Johor. 



Aku beli carseat ni pun kat Shopee. Jenama BabyGo. Murah je, bawah RM200. Aku ambil utnuk size new born hingga usia 5tahun. Simple je dan mudah nak isntall kat kereta. Bagi aku berbaloi lah dengan harga. Nak beli yang mahal, aku belum sampai tahap MAMPU. Masih berpada pada nak beli sesuatu. Asalkan safety, inshaAllah selamat. Janji sebelum beli, korang pasti kan dulu safety yang ada pada carseat tu and kelulusan dari JPJ. Gitew.


So, apa pengalaman korang bila start beli carseat untuk anak? 


thanks for reading my blog! See you next entry. :)


Much love, 

Mamy Bea


September 06, 2019

Kerja sambil jaga anak, my new norma.

 Its been so long for me to come back again in blogger. Bersawang dah blog sis ni, since beranakkan anak nombor empat, tahun lepas. Setiap detik membesarkan baby, sangat berharga. Thats why la aku banyak luangkan masa uruskan keluarga. Laman sosial agak kureng aku gunakan.


Then, tahun ni aku start dengan kerja baru. Tolong Mother in Law aku kerja di IIUM campus gambang. Uruskan kedai printing & photocopy. First time aku kerja kedai fizikal macam ni sambil jaga anak, ALONE kat tempat orang. (Biasa aku niaga online je sambil jaga anak kat rumah.) Its quite interesting bagi aku, tapi agak mencabar. Mana kau nak kerja, mana kau nak kena jaga anak, menyusu anak. Agak kritikal untuk aku first month kerja sebegitu rupa. KAH! 

Our first selfie going to work!

Then, slow slow aku baca ragam anak kat tempat kerja. So, aku follow the flow je la. ada jugak time dia nak menyusu ke tengah menyusu ke aku cabut lari settle kan kerja adik adik yang nak print and fotokopi at the same time. Nangis ke tidak, biar je la. Lama lama dia faham kerja mak dia macam mana. Kan? Alhamdulillah, kerja aku dalam asrama student perempuan. Ada adik adik yang rajin jaga baby time mak dia busy buat kerja. Asyereonok la mak dia aman damai tenteram buat kerja. HAHA 


Sebenarnya sangat sangat penat kerja sambil jaga anak. To those yang nak kerja kedai fizikal macam aku ni sambil jaga anak, sila berhenti berangan. Melainkan kau dah buat prepairation fizikal & mental untuk hadapi segala dugaan dan cabaran. Bagi aku agak mencabar bila anak kau dah start boleh merangkak, berjalan & berlari. Sediakan kelengkapan untuk dia atau safety thing secukupnya, then go on. 


Banyak gila memori yang di saster bagi aku kerja sambil jaga anak ni walaupun aku sebenarnya enjoy. Next time aku rajin, aku cerita. Haha. Btw, thanks for reading my blog! See you next entry.



Much love,

Mamy Bea 

December 20, 2018

Pengalaman Prolonged Jaundis / Deman Kuning Lama

 Bismillah, 


Sejak dari anak pertama sampai lah anak yang ke empat, kesemuanya anak anak aku akan mengalami masalah jaundis lama. Kadang rasa pelik juga, sebab aku darah B+. Baby menyusu pun ok. Takde masalah. 


Haidar 2 hari

Dan kali ni aku nak cerita pengalaman jaundis anak aku yang ke4. Aku lahirkan dia di usia kandungan 39 minggu. Berat lahir pun 3kg. Biasanya baby yang lahir bawah 2.5kg dan ibu berdarah O+ berisiko untuk kena prolonged jaundis. Tapi sejenis anak anak aku ni tak kira berat tak kira darah apa tetap juga jaundis lama 😆


Dulu aku pernah cerita pengalaman prolonged jaundis masa anak sulung kat sini. And now, nak cerita pengalaman anak ke-4 pulak. 


Start hari ke-3 kelahiran dah detect baby Haidar dah ada jaundis. Cek darah pun masa ni dah 176.3 umol/L. Hari kedua sampailah hari ke-14, bacaan billirubin dia tetap naik 268 umol/L. 😔


Kan lepas 14hari kalau tak turun bacaan billirubin, doctor akan ambil sample darah baby dari tangan kiri kanan untuk buat ujian. Sama ada baby ada masalah dengan hati atau sebaliknya. So, lepas ambil tu kena tunggu la result masa baby check up 1month. 


Nak di jadikan cerita, aku balik kampung Johor lepas selesai urusan baby kat Kuantan. Aku sambung berpantang di Johor pula. Sempat la 10hari aku berpantang rumah mak abah, masa hari ke-30 tu aku pergi Klinik Kesihatan kat Johor, tak balik Kuantan lagi. 


Sebulan (mata still kuning)

Nurse tenguk baby, nampak kuning lagi mata, muka & badan baby. Diorang ambil darah kat tumit macam biasa, then cek bacaan 320 umol/L. Tinggi! Walaupun umur dah 30hari. Nurse refuse untuk inject baby untuk sebulan. 


Jumpa dengan doctor pun, doctor suruh balik ke Kuantan and refer dengan doctor kat sana. 


Aku macam nak nangis dah masa ni, macam macam fikir dalam kepala. Takut baby kena tukar darah la, ada masalah hati la, apa la. Haish, -ve thingking dah masa ni. Dengan suami takde kat sisi, sebab suami kerja kat kuantan. Call dan bincang dengan suami, terus buat keputusan balik Kuantan juga esoknya. Suami pecut hari tu juga datang Johor. Tak jadi nak menghabiskan pantang di Johor. 


Actually, masa baby awal2 kena jaundis lagi aku dah start mandikan baby dengan serum mandian kuning ni. 


Serum Mandian Kuning Nuraz


Kalau ikut pada review ramai kata herlokkk. Menjadi. Tapi tidak pada anak aku ye. 😅 MashaAllah, mujur mamy baby Haidar ni penyabar orangnya. 


Masa hari ke-9 pun baby warded duduk bawah lampu biru 3hari, sebabnya masa ni aku warded kena mastitis/ breast bengkak. Puncanya aku makan buah anggur hitam nak turunkan berat baby. Tapi lain jadinya. 


Baby Haidar pun terpaksa la angkut sekali warded, tapi ward berlainan. Still kuning dia tiga angka jugakkkk tak turun banyak. 


Sambung..


Sampai je kat kuantan, esoknya aku terus ke Klinik Kesihatan untuk rujuk kes baby Haidar. Doctor cek semuanya normal. Result darah hari ke-14 tu pun semuanya normal.


Diorang takda advise apa-apa pun untuk turunkan kuning baby. Ada juga nurse kata try bagi baby susu FM. Mungkin baby jaundis berpunca dari susu ibu. 

Balik dari Klinik tu aku memang tak duduk diam la. Google susu yang elok untuk baby jaundis. Base on review yang tinggi, susu ni yang paling helok. Susu kambing KARIHOME (Infant 0-6m) 


Gambar ehsan gugel

Susu ni ada tiga step. Untuk baby baru lahir kena ambil yang step 1 untuk umur 0-6 bulan. Make sure ibu-ibu kena tenguk dulu details ye sebelum beli. Harga untuk satu tin kecil ni dalam RM50- RM60 (400g).


Berbalik pada ceritanya, aku start bagi baby minum sehari 2kali. Selang seli kan dengan susu badan. 


Amazingly result dia after 2weeks, baby clear jaundis. Terus mata dia, muka dia, badan dia cerah gebu. Takde lagi yellowish dah macam yang nurse tulis 2minggu lepas. 


Haidar 2 bulan

Lega yang amat sangat. Ternyata ketakutan aku dari dulu lagi refuse tak nak bagi baby bawah 6bulan susu FM ni terhapus. Ada baik juga ye kalau baby jaundis tinggi ni kita campurkan dengan susu FM. Ikhtiar dengan cara selamat.


Bukan bagi minum yang bukan bukan, macam titik air buah anggur ke buah sengkuang china ke. Tak sanggup biar baby kembung perut. (Masa anak sulung dulu aku pernah buat!) Jangan buat ye ibu ibu. 


So, next baby kalau jaundis aku kena prepare la sesiap susu kambing Karihome ni sebagai langkah berjaga-jaga.😅


Sekian cerita;

mamy bea

Zikir Sayyidul istighfar

 Assalamualaikum, entry kali ni sangat pendek. Aku just nak share pasal zikir sayyidul istighfar. Aku tahu pasal zikir ni pun lepas dengar p...