Showing posts with label suami isteri. Show all posts
Showing posts with label suami isteri. Show all posts

September 04, 2017

6 years and still counting

Sedar tak sedar, 4 september 2017 merupakan tahun ke 6 kita bersama sebagai yang halal. Sedar tak sedar dalam tempoh 6 tahun, dah tiga dah anak anak kita hasilkan. Haha

Rezeki Allah bagi melalui anak. Ada orang ikatkan kasih sayang dengan rezeki lain, Allah beri kami rezeki dengan anak anak. Gaduh macam mana pun, elok pulak beranak. Gitu lah lumrah hidup berumah tangga.

Jadi suami isteri, kalau tak reti jaga perasaan antara satu sama lain memang bermasalah. Masalah dia makan dalam. Selalu makan dalam ni kebanyakan isteri. Kahkah. Nampak tak perangai orang perempuan. Orang lelaki kena bijak handle. Kalau orang lelaki pun bermasalah, maka bermasalah lah hidup hampaaaaaa. Haih letihhhh gaduh ni.

Syukur alhamdulillah, pergaduhan manja manja tu la kekadang buat kita belajar hargai pasangan. Cewahhh, motivasi sangat!

Mamy & abah triple H

Moga 6 tahun perkahwinan ini mendapat barokah dari Allah, dan kita berdua mampu bahagiakan rumah tangga ini hingga ke syurga abadi. Satu je yang sayang nak, abang boleh pimpin tangan ayang dan anak anak masuk syurga sama sama. Dah moga tahun depan harith dapat adik. Pufttt. HAHA 

I love you sayang.

January 02, 2012

10 tips untuk komunikasi dengan pasangan


Sudah semestinya anda akan berkomunikasi bersama pasangan untuk setiap hari. Komunikasi antara pasangan sudah pasti berbeza berbanding orang lain. Jadi apakah tips atau cara komunikasi terbaik apabila anda bersama pasangan?

1. Sedar bahawa disetiap perselisihan faham yang berlaku, tiada mana-mana pihak yang menang atau kalah. Kemenangan adalah terletak kepada penyelesaian terhadap masalah dan bukannya hujah yang disampaikan untuk mempertahankan diri masing-masing.
2. Kompromi atau dengan bahasa yang lebih mudah mendapatkan persetujuan bersama adalah satu alat penting yang membantu dalam menyelesaikan konflik antara pasangan.
3. Pastikan bahasa tubuh, ekspresi wajah dan nada vokal adalah selaras dengan mesej yang ingin anda sampaikan.
4. Jangan menyampaikan sesuatu isu yang kritikal itu dengan cara berkias. Ia menunjukkan bahawa anda sebenarnya tidak bersedia untuk mengetengahkan perkara tersebut. Sampaikan dengan jelas supaya pasangan anda memahami apa yang anda cuba sampaikan tanpa perasaan curiga.
5. Sekiranya anda tidak mampu untuk mencari jalan penyelesaian yang muktamad untuk sesuatu masalah, cuba akhiri perbualan tersebut sekurang-kurangnya dengan sesuatu perkara yang positif.
6. Jangan sesekali bersikap biadap terhadap pasangan ketika hubungan anda dilanda masalah. Sebaliknya dengar apa yang mereka cuba sampaikan walaupun perkara tersebut tidak masuk akal sekalipun dan sekiranya anda masih tidak bersetuju, tolak dengan cara yang hormat.
7. Pastikan anda mendengar apa yang pasangan anda cuba sampaikan dengan baik dan berikan maklumbalas yang sepatutnya.
8. Sekiranya perbincangan telah berubah menjadi suatu pertengkaran yang sengit, adalah lebih baik anda mencari jalan untuk menangguhkannya. Masing-masing memerlukan masa untuk menstabilkan kembali emosi yang terganggu supaya dapat membuat pertimbangan yang lebih baik.
9. Fokuskan perbincangan terhadap masalah yang sedang berlaku dan bukannya cuba mengaitkan kesalahan yang lampau.
10. Melibatkan orang tengah mungkin suatu perkara yang tidak baik dalam sesuatu hubungan. Tetapi sekiranya anda berdua menemui jalan buntu, cara ini mungkin akan berhasil.

p/s : sedangkan lidah lagi tergigit , ini kan pula suami isteri :)

Zikir Sayyidul istighfar

 Assalamualaikum, entry kali ni sangat pendek. Aku just nak share pasal zikir sayyidul istighfar. Aku tahu pasal zikir ni pun lepas dengar p...