Bea masa ni menangis bila anak mintak beli kening baru. Apa dia ingat ada jual kening instant dekat kedai? Bulu mata pelesu je ada nakkkk oii! Bulu kening takde. Hahahaha
Nak tercabut jantung Bea tadi. Dah macam alien kening takde sebelah. Fuhhh...Cool down jap, bagi dia pun cool down sama. Bea pun apa lagi, ambil senjata kecantikan wanita..maka Bea ukirlah kening dia bagi ada kening. Nasib baik ada Mak yang pandai jugak lukis kening. Kah!
![]() |
Kakak Haseena dan kening baru. Haha |
Sempat jugaklah Mak dan wan dia bergelak sakan sampai berjurai air mata bila anak mintak beli kening baru tadi. Kitorang gelak sorok sorok tau. Kalau depan dia, mahu konsert bergema satu taman kang. Haa
Pengajaran buat Bea lepas ni, jangan la sambil lewa letak benda benda tajam dalam rumah. Sebenarnya shaver tu duduk atas almari. Tinggi jugak, entah macam mana dia ambil tah. Tu pun tetiba kakak Hanania cakap , mi tengok Seena!
Fiuhh, berdebar giler jantung Bea. Nasib baik tak ada luka mana mana. Kening boleh tumbuh takpe, kalau luka tinggalkan parut uii.
Pesan untuk parent kat luar sana, even anak kita dah 4 tahun, barang barang bahaya memang kena simpan tempat yang betul betul tinggi dan tersorok. 4 tahun pun banyak akal dia weii. Hmm.
Moga dengan harapan lepas ni, ada lah kedai yang jual bulu kening pelesu pulak 🤪
Ok bai.
No comments:
Post a Comment